Tuesday, May 12, 2009

friends is like a...........











dunno how to describe it..................

nak cari kawan memg mudah..
tetapi nak cari sahabt.. 1 dalam 1000 pon lom tentu jumpe..=)

terpesona ngan statement pasal sahabat.. fren n so on..

very really interesting..
hayatilaa bersama..............................










Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita…
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita
yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..
Sebagai kekuatan…
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..



Alaaahai.. tomey nyer monyet 2 ekor nie..
but i never saw monkey like dat..hahha...

a pairs of monkey.. one look younger n the other one look old mcm pcik pn ader gak...=p

yg mude memapah yg tau.. hikhik



(back to our topic)
lain pula ngan sahabat baik....

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat dilu ahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah
seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada k awan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya . ...

.....dahulunya pnah gak ader bespren,3 tahun yg lepas.. selame setahun kami berkawan baik.. masing memg sekadar bersahabat baik tanpa ader memasang niat( ceyy, mcm nak ihram plak), untuk bercintan cintun.. c dara serik tuk bercinta lagi.... manakala c teruna belum d bukakn pintu ati tuk bercinta..... kire memg sesuai laa 2 org nie bersahabat baik.. hehehe
tp apekan daya.. hanya bertahan selama setahun jer... kerana masing2 xdapat menyorokkan perassan masing2 .. akhirnye ak d lamar oleh seseorg yg dahulunye berstatuskan "bespren" n berlagu temakn "teman tp mesra".... heehhe...
....... take time gak laa ak nak mengubat luke d hati nie.. dye bayk gak bg hint, tp ak wat2 xpaham jek.. hehehe.. saje nak uji , nak tgok sejauh maner tahap kesabaran dye..
ok laa, cabaran pertama dye lulus dgn jayanya...=)
rantai menjadi saksi cinta kami..(mak ai, ayat ko nyah, xtahan... hahaha.. waheda ker nie??)... nak tau lebey lanjut ker??
xperlu laaa kot.. kang korang termuntah plak ak dok berkarya jiwa cintan cintun nie.. hehehe

ntahlaaa.. malam nie, xtau laa naper tergerak nak tulis pasal KAWAN BAIK N FREN.....

=)

1 comment:

  1. Really touching~ tp...nk tau laa kesah akhir cite kwn baik @ dulu Teman Tp Mesra~ =)

    ReplyDelete